Thursday, April 8, 2010

rupanya....

hari ni padanlah dari awal pagi aku rasa mcm ada benda yang tak kena. mlm sebelumnya aku tidur x nyenyak pun. asyik terjaga terjaga. tapi xderlah pikir bukan2. hari ni aku bangun pukul 10 pagi ( biasalh lah bila kerja petang bgn lambat sikit ). then bila dah bgn aku pun buatlah xtvt mcm biasa2. biasanya aku akan bagi ikan2 kesayangan aku mkn dulu then baru aku buat xtvt rutin...

jam dah pukul 12. tapi aku x mandi2 lagi. padahal aku masuk kerja kul 12. malas giler aku nk g kerja. tapi dalam kul 11 lrbih aku dah alow budak2 aku punchkad kan aku. huhuhu....

dalam kul 12.30 aku mandi n pglah kerja. sampai tempat kerja dalam kul 130. wah lmbt giler. baru jer aku nk duduk, hp aku berbunyi... (kring kringgg kringggg ) old school giler.... hahaha. bos besar aku pgl datang mengadap. cuak gak aku. ahhh... aku cuba think positif.... maybe dia cuba nk tanya pasal paper yang bias2 jer.

rupa ruapanya.....

hampeh.... aku kn posting tempat kerja. tapi still dalam melaka jgk. tapi aku bias2 jer. menerima takdir dgn hati yang tenang dan terbuka. walaubagiamana pun aku teetap curiga apa politik disebalik apa yang berlaku... mcm2 benda yang aku pikir... ada yang positif dan lerbih banyak yg positif...

tapi sebagai hamba yang lemah aku kn berusaha untuk berfikiran positif serta tenanag... aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. ini suma dah ditentukan. aku ni cuma ibarat seoarang pelakon yang cuma perlu melakonkan watak yang telah dicipta , diolah dan dikembangkan penveritaannya.

walaubagimanapun, aku yakin Allah itu adil dan xkn menganiya hambanya. aku redho apa pun yang terjadi aku kena kuat. tempuhi dengan hati yang tenang dan terbuka....
Chayok2222/......

wasalam.....

asal dari kampung....

arini aku nak kongsikan sedikit cerita mengenai "asal dari kampung"...

perkara ni timbul bila sorang memeber aku ceritakan masalah dia kat aku. jadi aku share suma ni untuk tauladan dan renungan kita bersama...

cerita dia bermula dari 5 tahun yang lepas dimana member aku ni berciinta dgn sorang awek dari tingkatan 4 lagi. samapailah ketahun ke 5 diaoarng bercinta... tiba2 datang seorang balak usyar awek si member aku ni. awek member aku ni pun sengal....
mealayn simamat tu. jadi member aku pun tensen dgn perangai awek dia dan dia tinggalkan lah awek dia ni...

nak dijadikan cerita, lepas setahun xgf member aku ni bercinta dgn bf baru dia diorang pun putus.... maka xgf aku ni cubalah nk kembali kepada member aku ni. dan kebetulan juga member aku ni dah nk khawin. korag tau apa yg xgf member aku kata? bakal isteri member aku ni PERAMPAS.

hahahaha.... bila cinta dah ditolak mcm2 benda busuk yang kuar dari mulut si perempuan. mulalah nk mganggu member aku ni. tiba2 nak disedapkan verita lagi xgf member aku ni x puas hati sampai terkeluar kata ( sedarlah diri kau tu., asal dah lah dari kampung. x sedar diri. berlagak mcm orang dari bandar mcm aku ni)

kelakar giler minah ni... bagi aku ending citer ni senang. maybe kita kn muhasabah diri sendiri sebelum kita hukum orang lain... asal kita darimana pun x pntg. tapi yg pntg kita kena sedar dan sentiasa merendah diri dgn apa yg kita ada. apa yg kita ada, asal kita dari mn sekalipun itu suma ciptaan dan kurniaan ALLAH swt. jadi bersyukurlah sebelum terlambat.

amin...

Tuesday, April 6, 2010

antara lelaki dan wanita... Apa perbezaanya?

" siapa lebih setia? lelaki atau perempuan ? dan kenapa ?"

Tajuk yang agak sensitif untuk kebanyakkan wanita. hihihi ( sajer jer nk buat panas hati ).
bagi lelaki mesti jawapan yang akan diberikan adalh lelaki. begitu jgk sebaliknya kalau ditanya kepada kaum hawa.

hahahah. tu semua jawapn yang agak klise. tapi bagi pendapat aku sebagai seorang lelaki, aku rasa perempuan lebih setia. sebab apa aku cakap mcm tu. melalui pengalaman aku, ramai perempuan yang aku dah jumpa, kebayakkkan mereka lebih setia dari aku ( hahaha ). padan muka kau!!!

sebab lelaki lebih mudah curang????

senang sangat jawapannnya. iaitu lelaki ( seperti aku ) hanya ada satu ( SATU ) nafsu sajer. nak dibandingkan dgn perempuan ada 9 ( SEMBILAN ) nafsu. jadi lu pikirlah sendiri nafsu lelaki pada apa n siapa.

jadi konklusi yang blh kita buat adalah semuanya terletak pada HATI. tak kisahlah samaada dia leleki atau perempuan. sama ajer!!!

Monday, April 5, 2010

jgn baca kalau malas baca!!!

amin amin aminnn...
lepas cuti panjang rasa lega sikit kepala hotak ni biarpun agak penat dgn xtvt yang telah dirancangkan. Bagaimanapun alhamdulillah, semuanya berlaku dgn lancar dan selamat tanpa gangguan.

tapi ada satu benda yang aku dapat belajar dari episod cuti aku kali nie...
timbul satu demi satu persoalan didalm kepala aku ni . soalan dia mudah tapi agak payah untuk mencari konklusi.

"kenapa manusia dilahirkan untuk merasa bangga, bongkak, sombong dgn segala kenikmatan dan kemudahan yang telah diberikan secara percuma"

Astagfirullah... ( ampun kan aku Ya Allah ) . penat aku memikirkan tentang ini semua. mmg bukan masalah aku. tapi sebagai hamba yang penuh kekilafan dan daif aku cuba mengkaji dimana silapnya semua ini. adakah manusia ( seperti aku ) lebih terdorong kepada sifat kebendaan yang tinggi, hanya memikirkan duniawi tanpa mengambil peduli kehidupan selepas kematian.

bagi kita semua yang bergelar manusia ( termasuk aku ), harta, pangkat, kekayaan, darjat, kedudukan adalah segalanya. Kita lalai dan alpa apa yang telah dikurniaankan kepada kita semua adalah percuma tanpa sebarang bayaran atau balasan. itupun kita masih nak meninggi diri tanpa ada rasa malu pada Yang Maha Pencipta yang memiliki segalanya.

ingatlah ( kepada diriku sendiri jua ), apa yang dikurniakan adalah percuma. harta ddidunia jangan disalah guna, jangan kufur nikmat yang diberi percuma, guna kelebihan untuk kita besama, hidup penuh pementasan dan dan drama,sekecil rumah bermula dgn sekecil bata, boleh dalam sekelip mata, ( antara petikan lagu TOO PHAT alhamdulillah)

renungkanlah dan selamat berpijak dibumi yang nyata.

Thursday, December 24, 2009

Bila hati mati dan akal dicemari hasad dengki....

manusia adalah khalifah diatas muka bumi Allah ini. sesungguhnya dengan tangan manusia inilah banyak sebab berlakunya segala kemusnahan dunia. Tidak dapat dinafikan ada diantara kita yang telah buta hatinya, mati akalnya terhadap perkara mahmudah... tapi hanya segelintir yang memiliki sifat mahmudah juga kadangkala tidak mampu menentang perkara mazmumah.

hati manusia adalah antara organ terpenting didalam tubuh badan manusia...
hati manusia adalah perantaraan yang penting dalam persahabtan dan persaudaraan....
hati bukan benda yang boleh dicuci selepas melakukan noda....
niat itu terletak pada hati....
murni hati baiklah pekerti...
buruk hati akan timbul hasad dengki....

sedarkah kita semua bahawa tahun demi tahun telah lama berlalu pergi.
pada tanggal 25/12/09, lebih kurang 5 hari lagi kita akan menginjak ketahun masihi yg baru. tetapi jika diikut kalendar islam telah beberapa hari lepas kita telah memasuki tahun baru.

tidak terasa sayangkah kita pada hari2 yang telah kita tinggalkan dengan berbagai2 noda dan dosa.... tidak terasa takutkah kita akan pembalasan dihari kemudian nnt. tapi kenapa kita masih melakukan dosa dan noda/??? jawapannnya...

ada pada hati dan akal fikiran anda ,....

hati telah mati!!!
akal penuh hasad dengki!!!

Bagaimana hati itu boleh mati?
- mengikut pandangan mata hati ini, hati kita mati kerana tiada makanan yang baik untuknya!!

Apa makanan yang baik untuk hati???
- bukannya vitamin atau ubat2tan... tetapi pengisian rohani. sentisa melakukan mar mkruf nahi mungkar. sentiasa bersifat rendah diri dan rendah hati. melaksanakan kebaikkan dan meninggalkan larangan.

Wednesday, October 28, 2009

Ujian, bahagian dan takdir...

bersyukur aku kehadrat ilahi kerana dgn limpah kurnia nya dapat aku meluangkan masa untuk menulis....
mungkin dikesemptan ini aku nk share something dgn suma...
iaitu tentang ujian dari yang maha esa, bahagian ujian yang diterima dan takdir kita sebagai manusia diatas muka bumi milik Allah ini....

satu perkara yg perlu kita sedar, sebagai pelakon yang berlakon diatas bumi ini, kita seharusnya bersyukur kerana kita sentiasa disayangi dan di ingati oleh Yang Maha Esa. bukan sedikit tanda yang diberikan tapi terlalu banyak
cuma kita sedar atau tidak sahaja.
ujian ini datang dari pelbagai sudut dan cara. ada yang ringan dan ada juga yang berat. bagaimana cara untuk kita hadapi itu semua bergantung kepada cara pembawakan diri kita.

Allah itu tidak kejam dan zalim... cuma ujian dan bahagian yang kita perolehi mungkin satu cabarn untuk kita terus berusaha mendekatkan diri dgn Nya. setiap ujian yang dierikan tentu ada hikmahnya...

begitu juga dgn kehidupan aku sekarang... Aku diberikan ujian yang amat berat... dulu kerja aku senang sangat aku rasa. sekarang aku rasa mcm malas dah nk kerja...
tapi bila di fikirkan secara rasional aku kn teruskan perjuangan aku yang belum selesai ni. aku kena berusaha untuk memperbaiki kelemahan aku. Allah sayangkan aku. aku tau sangat. tapi aku rasa aku x mampu untuk hadapi nya... Ya Allah... kau bimbinglah aku. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu Ya Allah. Sesunguhnya hanya Kau yang mampu buat aku tersenyum kembali...

aku sedar aku hanya seorang insan yang kerdil disisi Mu. tapi Kau berilah aku peluang dan ruang untuk cuba membetulakan apa yang salah. mEnjernih kan apa yang keruh. dan meluruskan apa yang bengkok. menguruskan apa yang kusut. Kau berilah rahmat dan hidayah mereka semua Ya Allah. Kau lembut kan lah hati mereka agar mudah dipujuk dan lentur. Hanya kepada Kau aku berserah segala2nya Ya Allah. Amin ya Rabbulalamin

Tuesday, October 6, 2009

Cinta itu buta. Tapi buta kerana cinta, salah siapa?

hahahahha....

jiwang karat betul tajuk kat atas ni kan... aku bukan nk tunjuk aku ni jiwang karat. tapi lebih kepada cerita dari pengamatan dan pengalaman aku. betul.... kata orang dulu2. cinta itu buta...
cinta tu tak bermata sbb tu cinta tu buta... hahaha ( giler ker apa aku ni) tapi sedarkah kita berapa ramai daripada kita semua yg dibutakan oleh cinta....

ramai... ramai sangat..... or dah x ramai?
tepuk dada tanya selera... cinta itu sebenarnya universal sifat dan sikapnya. ada yang menuju kearah yang positif ( alhamdulillah ) dan ada jgk yg menuju kearah negatif ( innalillah ).

tapi sebenarnya bagi aku cinta itu adalah seperti sampan @ perahu ( klu nk up todate ) blh jgk cakap jetski.... hahaha...

apapun kita sebagai nahhoda sampan tersebut seharusnya sedar yng kita harus berhati2 semasa memacu pelayaran tersebut. jangan sampai karam di lautan yang penuh gelombang ujian dan dugaan. berat beban semua diatas tanggungjawap kita. kita lah penentu segala2nya.

sepatutnya kita bersyukur kerana kita telah dikurniakan dengan perasaan cinta rindu dan kasih sayang. kita semua sepatutnya menghargai pemberian Allah yang tak ternilai ni... kita juga seharusnya sedar ada diantara kita semua manusia ni tidak diberikan ruang dan peluang untuk merasai perasaan tersebut. malah ada juga diantara kita yang langsung tidak mengenali apa itu erti cinta. itu adalah ketentuan dari Allah yang maha Esa.

cinta... banyak daripada kita semua buta kerana cinta. Cinta itu bg aku x blh beli beras. X blh beli kereta. x blh beli apa2. sebab tiada harga. tapi ada juga manusia yang buta kerana cinta.

kenapa?
apa sebabnya?

lu pikirlah sendiri...
ahhahahaha

akhir kata dari aku... sebelum mencintai sesuatu kenal lah diri sendiri dahulu.
cintailah diri sendiri dahulu. barulah beri ruang dan peluang untuk rasa menikmati rasa cinta itu bertapak dihati. semoga kita bersama2 meningkatkan cinta pada yang Maha Esa.
amin....