hahahahha....
jiwang karat betul tajuk kat atas ni kan... aku bukan nk tunjuk aku ni jiwang karat. tapi lebih kepada cerita dari pengamatan dan pengalaman aku. betul.... kata orang dulu2. cinta itu buta...
cinta tu tak bermata sbb tu cinta tu buta... hahaha ( giler ker apa aku ni) tapi sedarkah kita berapa ramai daripada kita semua yg dibutakan oleh cinta....
ramai... ramai sangat..... or dah x ramai?
tepuk dada tanya selera... cinta itu sebenarnya universal sifat dan sikapnya. ada yang menuju kearah yang positif ( alhamdulillah ) dan ada jgk yg menuju kearah negatif ( innalillah ).
tapi sebenarnya bagi aku cinta itu adalah seperti sampan @ perahu ( klu nk up todate ) blh jgk cakap jetski.... hahaha...
apapun kita sebagai nahhoda sampan tersebut seharusnya sedar yng kita harus berhati2 semasa memacu pelayaran tersebut. jangan sampai karam di lautan yang penuh gelombang ujian dan dugaan. berat beban semua diatas tanggungjawap kita. kita lah penentu segala2nya.
sepatutnya kita bersyukur kerana kita telah dikurniakan dengan perasaan cinta rindu dan kasih sayang. kita semua sepatutnya menghargai pemberian Allah yang tak ternilai ni... kita juga seharusnya sedar ada diantara kita semua manusia ni tidak diberikan ruang dan peluang untuk merasai perasaan tersebut. malah ada juga diantara kita yang langsung tidak mengenali apa itu erti cinta. itu adalah ketentuan dari Allah yang maha Esa.
cinta... banyak daripada kita semua buta kerana cinta. Cinta itu bg aku x blh beli beras. X blh beli kereta. x blh beli apa2. sebab tiada harga. tapi ada juga manusia yang buta kerana cinta.
kenapa?
apa sebabnya?
lu pikirlah sendiri...
ahhahahaha
akhir kata dari aku... sebelum mencintai sesuatu kenal lah diri sendiri dahulu.
cintailah diri sendiri dahulu. barulah beri ruang dan peluang untuk rasa menikmati rasa cinta itu bertapak dihati. semoga kita bersama2 meningkatkan cinta pada yang Maha Esa.
amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment