Wednesday, October 28, 2009

Ujian, bahagian dan takdir...

bersyukur aku kehadrat ilahi kerana dgn limpah kurnia nya dapat aku meluangkan masa untuk menulis....
mungkin dikesemptan ini aku nk share something dgn suma...
iaitu tentang ujian dari yang maha esa, bahagian ujian yang diterima dan takdir kita sebagai manusia diatas muka bumi milik Allah ini....

satu perkara yg perlu kita sedar, sebagai pelakon yang berlakon diatas bumi ini, kita seharusnya bersyukur kerana kita sentiasa disayangi dan di ingati oleh Yang Maha Esa. bukan sedikit tanda yang diberikan tapi terlalu banyak
cuma kita sedar atau tidak sahaja.
ujian ini datang dari pelbagai sudut dan cara. ada yang ringan dan ada juga yang berat. bagaimana cara untuk kita hadapi itu semua bergantung kepada cara pembawakan diri kita.

Allah itu tidak kejam dan zalim... cuma ujian dan bahagian yang kita perolehi mungkin satu cabarn untuk kita terus berusaha mendekatkan diri dgn Nya. setiap ujian yang dierikan tentu ada hikmahnya...

begitu juga dgn kehidupan aku sekarang... Aku diberikan ujian yang amat berat... dulu kerja aku senang sangat aku rasa. sekarang aku rasa mcm malas dah nk kerja...
tapi bila di fikirkan secara rasional aku kn teruskan perjuangan aku yang belum selesai ni. aku kena berusaha untuk memperbaiki kelemahan aku. Allah sayangkan aku. aku tau sangat. tapi aku rasa aku x mampu untuk hadapi nya... Ya Allah... kau bimbinglah aku. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu Ya Allah. Sesunguhnya hanya Kau yang mampu buat aku tersenyum kembali...

aku sedar aku hanya seorang insan yang kerdil disisi Mu. tapi Kau berilah aku peluang dan ruang untuk cuba membetulakan apa yang salah. mEnjernih kan apa yang keruh. dan meluruskan apa yang bengkok. menguruskan apa yang kusut. Kau berilah rahmat dan hidayah mereka semua Ya Allah. Kau lembut kan lah hati mereka agar mudah dipujuk dan lentur. Hanya kepada Kau aku berserah segala2nya Ya Allah. Amin ya Rabbulalamin

Tuesday, October 6, 2009

Cinta itu buta. Tapi buta kerana cinta, salah siapa?

hahahahha....

jiwang karat betul tajuk kat atas ni kan... aku bukan nk tunjuk aku ni jiwang karat. tapi lebih kepada cerita dari pengamatan dan pengalaman aku. betul.... kata orang dulu2. cinta itu buta...
cinta tu tak bermata sbb tu cinta tu buta... hahaha ( giler ker apa aku ni) tapi sedarkah kita berapa ramai daripada kita semua yg dibutakan oleh cinta....

ramai... ramai sangat..... or dah x ramai?
tepuk dada tanya selera... cinta itu sebenarnya universal sifat dan sikapnya. ada yang menuju kearah yang positif ( alhamdulillah ) dan ada jgk yg menuju kearah negatif ( innalillah ).

tapi sebenarnya bagi aku cinta itu adalah seperti sampan @ perahu ( klu nk up todate ) blh jgk cakap jetski.... hahaha...

apapun kita sebagai nahhoda sampan tersebut seharusnya sedar yng kita harus berhati2 semasa memacu pelayaran tersebut. jangan sampai karam di lautan yang penuh gelombang ujian dan dugaan. berat beban semua diatas tanggungjawap kita. kita lah penentu segala2nya.

sepatutnya kita bersyukur kerana kita telah dikurniakan dengan perasaan cinta rindu dan kasih sayang. kita semua sepatutnya menghargai pemberian Allah yang tak ternilai ni... kita juga seharusnya sedar ada diantara kita semua manusia ni tidak diberikan ruang dan peluang untuk merasai perasaan tersebut. malah ada juga diantara kita yang langsung tidak mengenali apa itu erti cinta. itu adalah ketentuan dari Allah yang maha Esa.

cinta... banyak daripada kita semua buta kerana cinta. Cinta itu bg aku x blh beli beras. X blh beli kereta. x blh beli apa2. sebab tiada harga. tapi ada juga manusia yang buta kerana cinta.

kenapa?
apa sebabnya?

lu pikirlah sendiri...
ahhahahaha

akhir kata dari aku... sebelum mencintai sesuatu kenal lah diri sendiri dahulu.
cintailah diri sendiri dahulu. barulah beri ruang dan peluang untuk rasa menikmati rasa cinta itu bertapak dihati. semoga kita bersama2 meningkatkan cinta pada yang Maha Esa.
amin....

Saturday, October 3, 2009

Mengapa Tsunami terjadi serta misterinya?

Tsunami....
Hari ni di utusan malaysia menyatakan bahawa sekurang2nya 715 telah meninggal dunia dan beribu lg hilang. kebanyakkan dari mereka adalah dari kalangan orang islam dan berbangsa melayu. iaitu serumpun dgn kita di malaysia.

aku sebagai bangsa serumpun turut bersedih dengan kejadian tersebut. walaubagaimanapun aku yakin setiap yg berlaku tu ada hikmahnya. telah ditetapkan waktu nya akn berlaku. cuma kita sebagai hamba yg lemah tidak dapat menganggar kejadian tersebut walaupun kita mempunyai teknologi canggih.

Kebanyakkan dari kita memandang Tsunami dari sudut duniawi sahaja. Tapi bila kita renung dari perspektif yang berbeza kita akan melihat tsunami tersebut melalui MATA HATI.
( Ini adalah pendapat peribadi aku yg lahir dari pemerhatian aku jer k. Tiada kn mgena dgn mn2 pihak pun )

Tsunami blh dikatakan sebagai tanda2 kiamat akan berlaku. Tsunami jg boleh dianggap kiamat kecil. Pernah diceritakan kepada aku oleh seorang yg bernama GURU, apabila datangnya kiamat segala bintang2 akan berpecah jatuh, lautan bergulungan serta bukit bukau terbang berselerakan. Inikah tanda2 awal kiamat? hanya Allah saja yg Maha Mengetahui. Tsunami mungkin berlaku disebabkan oleh balasan tuhan atas dosa2 yang dilakukan manusia hari ini. Mungkin juga sebagai peringatan kepada seluruh umat islam. tapi knp ianya banyak berlaku di indonesia?

Mengapa sistem amaran tsunami yang telah dipasang tidak berfungsi?

Mengapa jalan raya terbelah dua?

Mengapa lautan menjadi kering seketika?

Mengapa ada yg mati tidak busuk @ berulat?

Mengapa ada yg mati mukanya berseri2?

Mengapa ada yg tertimbus berhari2 tapi masih bernyawa?

Banyak misteri di sebalik Tsunami....
yang masih belum terungkap dan dijelaskan...

sebagai hamba yang lemah marilah kita bersama2 bermuhasabah dan merenung segala kejadian alam yang berlaku sekarng...

semoga kita semua sentiasa bersedia dgn pelbagai lagi ujian Allah. dan marilah kita bersama2 sedekahkan Alfatihah kepada mereka yang terkorban dalam ujian Allah kali ini. Amin....


Friday, October 2, 2009

Lirik Lagu ” Mencari Sinar “Artis ” Lefthanded “

Hati ku Dicakar Kesepian
Dilingkari Mendung Kedukaan
Resah Kian Gelisah
Di Menara Sukmaku
Mencari Sesuatu Yang Tak Pasti
telah ku Selami Lautan Kasih
Namun Diri ini Terus Tersisih
Hanya Kenangan dan Perasaan
Nyatanya Dalam Khayalan
Terpinggir aku Di Lembah Kesepian
Ke Mana Lagi Hendak ku Tuju
Segala Rindu Terbelenggu
Detik Waktu Terus Berlalu
aku Bagaikan Terpenjara
Di Singgahsana Yang Berkaca
Termangu Mencari Sinaran Cinta
Dapatkah ku Memburu Rindu
Menggenggam Seribu Impian
Agar Terkubur Segala Kepahitan
Di Dalam Kenangan Nan Silam
Akan Terhiburlah Di Hatiku
Yang Selama ini Kecundang
Akan Terhibur Di Hatiku
Yang Selama ini Kecundang

# lagu ni sebenarnya banyak menyimpan simbolik kehidupan aku...
dari mula aku kenal erti dewasa
hingga sekarang...
dari aku mula meningkat remaja hingga sekarang...
masing2 mempunyai cerita kehidupan masing2...
masing2 dapat hak masing2 dalam menempuhi ujian yang telah disediakn oleh yg maha esa...
cuma cara kita menghadapi saja yg membezakannya.
aku bersyukur sbb hari demi hari aku masih ada peluang dan ruang untuk berubah...
tapi mungkin cuma aku jer yg x bijak untuk mengunakan peluang yg ada untuk berubahkan....
hari raya tahun ni (2009 ) begitu bermakna pada aku sbb aku ada 2 insan tersayang...
amin...
syukur pada mu ya Allah

Thursday, October 1, 2009

untuk si dia yang bernama kekasih

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM. Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan pertemukan aku dengannya. Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama. Terima kasih untuk saat-saat yang lalu. Aku datang sujud dihadapan-Mu, sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku. Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadiranya. Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya. Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku. Gantilah dambar kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari dan padaMu yang tulus dan murni. Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat. Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku Ya Allah,