Monday, February 28, 2011

bila kita mula belajar berdiri dan berlari....

ingat tak kita bila kali pertama kita mula2 belajr bejalan..... bila mula2 kita belajar berdiri... dan belajar belari...
mungkin ada yang x kena bila kita ingat suma tu... yerlah agak mustahil kita ingat semua perkara yang kita lalui semasa kita kecik2 lagi...


ramai yang x sedar kenapa masa tu kita tak penah kenal langsung erti putus asa. langsung tak kenal erti penat untuk mencuba mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. tak pernah malu untuk bangun semula bila terjatuh... biarlah orang sekeliling kita ketawa terdekah dekah dengan gelagat kita...

kenapa yer...

tahlah aku pun tak tahu knp... tapi yang lebih aku musykilkan, kenapa lah bila kita dah besar2 panjang ni bila ada maslah sikit mula jadi macam orang gile. bila kn gelak sikit mula nak melenting. bila diajar sikit mula dah terasa diri tu lebih bagus... bila ditegur sikit mula rasa diritu dah besar. bila gagal jer mula putus asa, bila jatuh tersungkur mula menyalahkan takdir...

kenapa yer...

sebab bila hati tu dah hitam semuanya menjadi gelap... apa yang baik menjadi buruk, apa yang buruk menjadi baik...
fikirkanlah...