Tuesday, December 9, 2014
Akhirnya... terlerai sudah kunci blog ini.
Alhamdulillah....
Setelah sekian lama mencuba utk menembusi dan membolosi kata kunci blog ni, akhirnya berjaya jua dengan perkenanNya.
Dah berapa minggu cuba cuba cuba dan terus mencuba. Akhirnya berjaya.
Usaha itu tangga kejayaan.
Lepasni blog ni akan lbh aktif dalam menyebarkan ilmu2 yg bermanfaat utk semua. Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan membuatkan lebih ramai dikalangan kita untuk sedar siapa diri yang sebenar diri....
Bukanlh maksud utk mengajar. Tapi hanyalah utk berkongsi ilmu dan manfaatnya. Semoga usaha yg sedikit ini akan diberkati dan diperkenankn olehNya.
Semoga dengan sedikit cahayya kita mampu membesarkannya. Dari cahaya tersebut dptlah kita menerangi jalan dihadapan yang penuh berliku dengan bimbingan dan panduanNya.
"Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali "
Posted via Blogaway
Monday, February 28, 2011
bila kita mula belajar berdiri dan berlari....
mungkin ada yang x kena bila kita ingat suma tu... yerlah agak mustahil kita ingat semua perkara yang kita lalui semasa kita kecik2 lagi...
ramai yang x sedar kenapa masa tu kita tak penah kenal langsung erti putus asa. langsung tak kenal erti penat untuk mencuba mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. tak pernah malu untuk bangun semula bila terjatuh... biarlah orang sekeliling kita ketawa terdekah dekah dengan gelagat kita...
kenapa yer...
tahlah aku pun tak tahu knp... tapi yang lebih aku musykilkan, kenapa lah bila kita dah besar2 panjang ni bila ada maslah sikit mula jadi macam orang gile. bila kn gelak sikit mula nak melenting. bila diajar sikit mula dah terasa diri tu lebih bagus... bila ditegur sikit mula rasa diritu dah besar. bila gagal jer mula putus asa, bila jatuh tersungkur mula menyalahkan takdir...
kenapa yer...
sebab bila hati tu dah hitam semuanya menjadi gelap... apa yang baik menjadi buruk, apa yang buruk menjadi baik...
fikirkanlah...
Monday, April 19, 2010
mimpi tsunami lagi...
didatangi ombak yang besar seperti mimpi yang sudah2...
mungkinkah perkara sama akan berulang kembali...
kemana lagi aku ingin dicampakkan...
oh tuhan ku, lindungilah daku dari sebarang kepayahan dan kesusahan...
lindungilah aku dari sebarang kesempitan fikiran dan pedoman...
kau lindungilah daku dari sebarang bahaya , pancaroba serta fitnah dunia...
jika betul telahan mimpi ku ini lagi kau berikan kekuatan fizikal mental rohani dan jasmani untuk aku tempuhi....
sama2 kita nantikan keputusannnya...
amin ....
Sunday, April 18, 2010
cara2 mengenali keikhlasan seorang lelaki...
jika soalan tu aku jawap nanti orang kata aku berat pada sebelah lelaki. tapi percayalah... le;aki mmg mahluk Allah yang istimewanya tidak terhingga...
banyak cara2 untuk mengenali keikhlasan seorang lrlaki. pada kaca mata aku sebagai seorang llk, ada banyak tujuan sebenarnya seorang lelaki mendekati seoarang wanita... terpulanglah pada mereka. asaalkan mereka tahu apa yang mereka lakukan.
1. lelaki yang ikhlas biasanya akan membawa wanita itu dan memperkenalkannya kepada keluarganya tanpa sebarang masalah. jika seoparang llk itu keberatan untuk membawa atau mempekanalkan wanita itu mungkin ada yang tersembunyi. begitu juga sebaliknya bila si wanita mengajak untuk bertemu dgn ibu bapa wanita terbabit. ianya akan berlaku tanpa sebarang masalah atau paksaan.
2. cara llk itu melayani wanita itu. Jika seringkali panggilan tidak berjawap, masej tidak berbalas cuba selidik apa masalah sebenarnya.
3. sukar untuk bertemu ditempat awam dikawasan kediamannaya. cuba selidik masalh itu. mungkin ada sesuatu yang tersembunyi... SUprise!!!!
4. mempunyai telefon lebih dari satu tanpa sebab yang mu.nasabah
5. kurang berminat untuk meminta izin dari keluarga si wanita bila ingin membawanya keluar.
6. kurang berminat untuk menghantar wanita sehingga ke pintu rumah...
7. selalu mengelak dgn alasan yang tak munasabah....
8. tidak suka bila telefonnya dibelek oleh pasngan...
9. seringkali kelihatan gelisah tidak tentu arah bila dating terlalu lm...
10. silent hp semasa dating....
hahaha, lu pkirlah sendiri....
Saturday, April 17, 2010
mimpi.....
dapat aku luangkan sedikit masa untuk mencoret sedikit dalam blog yang agak lama aku x update. biasalah sekarang kerja dah makin banyak, jadi ianya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang banyak.
Dan alhamdulillah juga, aku diberikan secebis kekuatan dan kesabaran untuk ke tempuhi liku2 dan cabaran yang aku rasa amat besar sekarang... Terima Kasih Ya Allah atas segala kekuatan dan sabar yang kau kurniakan kan padaku. aku terima dgn hati yang terbuka. mungkin suma ni ada hikmahnya... moga2....
semua orang pernah bermimpi.... mimpi buruk, manis , suka duka dan macam2 lg lah...
cuma bezanya cara kita menilai atau mentafsir mimpi yang kita alami... ada yang kata ni mimpi mainan tidur ada juga yang kata mimpi ni petanda atau petunjuuk sesuatu...
Alhamdulillah.... aku bersyukur sangat sekarang... mungkin ni adalah ssedikit kelebihan yang aku alami didalam kehidupan ni... aku akan mengalami mimpi yang BERMAKSUD...
jarang sekali aku dapat mimpi2 yang macam ni. tapi bila dapat kadang2 aku pun x perasan. cuma kadang2 jer perasan. biasayna kejadian tu dah berlaku baru aku perasaan...
aku selalu mimpi tsunami... lebih kurang 4 kali. dalam mimpi tu semuanya aku selamat. kadang2 dalam mimpi tu ada kawan aku, ada kuage aku, ada harta benda aku...
sebenarnya mimpi tu berkaitan tempat kerja... setakat ni dah 4 kali aku ditukarkan tempat kerja ke cawangan yang lain tapi still dalam melaka... penat aku mencari jawapan mimpi tu, sampaikan terpaksa rujuk pada orang yang berkebolehan... mula2 aku pun x percaya. tapi the latest one...
aku mimpi macam ni...
( aku sedang bawa kereta... then bila sampai satu tempat aku tgk ada banjir didepan.... aku pun tawakal harungi banjir tu.... mula2 ok jer... sampai ditengahkawasan banjir tu... tiba2 ada arus yang deras ... sehingga membuatkan aku terkandas ditengah kawasan banjir tu... kereta aku mula dihanyutkan arus deras banir tu. tiba2 jer dalam kereta tu ada empat orang. tadi aku sorang.hihihih.... tah mcmn ada sebatang pokok. aku panjat pokok tu dgn sesorang yg aku x knl... tiba2 dahan yang kami panjat tu hampir patah. aku dgn YAKIN berkata pada seseoarang tu kita akan selamat. jgn takut pokok ni takkan patah. mmg betul... melentur mcmn pun pokok tu x patah... lama kemudian arus dah surut kami pun turun... turun2 dari pokok kami tgk banjir still ada. tapi dah ada jalan baru besebelahan tu mcm ada sungai untuk aliaran air banjir tu... jalan baru tu sanagt cantik n selesa . aku n seseorang tu selamat. the end... )
tiba2... esok tghr aku rasa mcm malas jer nk g kerja... sampai tempat kerja pun dah lambat. aku baru jer nk duduk dah dapat kol dari boss suruh datang mengadap. aku di tukarkan ke outlet yang paling busy.... rasa mcm gelap dunia aku bila aku dengar. nasib baik aku ni jenis cool. aku cover jer... then bila balik outlet balik tiba2 aku teringat mimpi tu...
untuk senang faham mcm ni.
banjir tu adalah masalh yang aku hadapi iaitu aku ditukarkan outlet...
kereta yang dihanyutkan tu membawa maksud aku kn kuat untuk menghadapi masalah ni dgn cara mengikut rentak atau kedaaan sekeliling....
4 orang yang ada dalam kereta tu adalah mastermind yang membuatkan aku tercampak di outlet baru...
pokok yang tempat aku berlindung tu adalah .... mungkin seseorang. atau mungkin sesuatu.
sampai setakat tu aku dapat tafsir mimpi aku. mungkin jalan yang baru tiba2 muncul tu dalah laluan aku untuk berjaya kepringkat lebih tinggi atau yang lebih selesa. mn tau... Allahualam...
hanya ALLAH yang lebih mengetahui...
tapi aku bersyukur sangat2. banyak petunjuk yang Allah berikan pada ku mengenai kehidupan aku. tapi aku masih tak tau menghargai semua tu. Ampunkan Aku ALLAH... sesunguhnya kau manusia yang tidak tahu bersyukur dengan segla nikmat pemberian ENGKAU...
AMPUNKAN AKU ALLAH.
Thursday, April 8, 2010
ikan kesayangan aku....
dulu mula2 sekali aku beli 3 ekor jer ikan khoi @ khap jepun...
dan sekarang aku rasa bilangan ikan aku melebihi 100 ekor. ( biarpun kecik2 ) .
.jpg)