Wednesday, October 28, 2009

Ujian, bahagian dan takdir...

bersyukur aku kehadrat ilahi kerana dgn limpah kurnia nya dapat aku meluangkan masa untuk menulis....
mungkin dikesemptan ini aku nk share something dgn suma...
iaitu tentang ujian dari yang maha esa, bahagian ujian yang diterima dan takdir kita sebagai manusia diatas muka bumi milik Allah ini....

satu perkara yg perlu kita sedar, sebagai pelakon yang berlakon diatas bumi ini, kita seharusnya bersyukur kerana kita sentiasa disayangi dan di ingati oleh Yang Maha Esa. bukan sedikit tanda yang diberikan tapi terlalu banyak
cuma kita sedar atau tidak sahaja.
ujian ini datang dari pelbagai sudut dan cara. ada yang ringan dan ada juga yang berat. bagaimana cara untuk kita hadapi itu semua bergantung kepada cara pembawakan diri kita.

Allah itu tidak kejam dan zalim... cuma ujian dan bahagian yang kita perolehi mungkin satu cabarn untuk kita terus berusaha mendekatkan diri dgn Nya. setiap ujian yang dierikan tentu ada hikmahnya...

begitu juga dgn kehidupan aku sekarang... Aku diberikan ujian yang amat berat... dulu kerja aku senang sangat aku rasa. sekarang aku rasa mcm malas dah nk kerja...
tapi bila di fikirkan secara rasional aku kn teruskan perjuangan aku yang belum selesai ni. aku kena berusaha untuk memperbaiki kelemahan aku. Allah sayangkan aku. aku tau sangat. tapi aku rasa aku x mampu untuk hadapi nya... Ya Allah... kau bimbinglah aku. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu Ya Allah. Sesunguhnya hanya Kau yang mampu buat aku tersenyum kembali...

aku sedar aku hanya seorang insan yang kerdil disisi Mu. tapi Kau berilah aku peluang dan ruang untuk cuba membetulakan apa yang salah. mEnjernih kan apa yang keruh. dan meluruskan apa yang bengkok. menguruskan apa yang kusut. Kau berilah rahmat dan hidayah mereka semua Ya Allah. Kau lembut kan lah hati mereka agar mudah dipujuk dan lentur. Hanya kepada Kau aku berserah segala2nya Ya Allah. Amin ya Rabbulalamin

No comments:

Post a Comment