amin amin aminnn...
lepas cuti panjang rasa lega sikit kepala hotak ni biarpun agak penat dgn xtvt yang telah dirancangkan. Bagaimanapun alhamdulillah, semuanya berlaku dgn lancar dan selamat tanpa gangguan.
tapi ada satu benda yang aku dapat belajar dari episod cuti aku kali nie...
timbul satu demi satu persoalan didalm kepala aku ni . soalan dia mudah tapi agak payah untuk mencari konklusi.
"kenapa manusia dilahirkan untuk merasa bangga, bongkak, sombong dgn segala kenikmatan dan kemudahan yang telah diberikan secara percuma"
Astagfirullah... ( ampun kan aku Ya Allah ) . penat aku memikirkan tentang ini semua. mmg bukan masalah aku. tapi sebagai hamba yang penuh kekilafan dan daif aku cuba mengkaji dimana silapnya semua ini. adakah manusia ( seperti aku ) lebih terdorong kepada sifat kebendaan yang tinggi, hanya memikirkan duniawi tanpa mengambil peduli kehidupan selepas kematian.
bagi kita semua yang bergelar manusia ( termasuk aku ), harta, pangkat, kekayaan, darjat, kedudukan adalah segalanya. Kita lalai dan alpa apa yang telah dikurniaankan kepada kita semua adalah percuma tanpa sebarang bayaran atau balasan. itupun kita masih nak meninggi diri tanpa ada rasa malu pada Yang Maha Pencipta yang memiliki segalanya.
ingatlah ( kepada diriku sendiri jua ), apa yang dikurniakan adalah percuma. harta ddidunia jangan disalah guna, jangan kufur nikmat yang diberi percuma, guna kelebihan untuk kita besama, hidup penuh pementasan dan dan drama,sekecil rumah bermula dgn sekecil bata, boleh dalam sekelip mata, ( antara petikan lagu TOO PHAT alhamdulillah)
renungkanlah dan selamat berpijak dibumi yang nyata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment